Friday, October 27, 2017

Jawatan Kosong-Majlis Daerah Kuala Langat


Dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bagi kekosongan bahagian jawatan seperti yang berikut dengan kadar segera.

1) Penolong Pegawai Tadbir N29
2) Pembantu Penilaian W19
3) Pembantu Penguatkuasa KP19
4) Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
5) Pembantu Operasi N11
6) Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 7 November 2017
Lokasi : Kuala Langat, Selangor
Sektor : Kerajaan

Muat Turun Borang Di SINI

CARA MEMOHON

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperoleh dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun di link muat turun dibawah . 

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan - peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. 

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil - sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil - sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat. 

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. 

5. Tarikh  tutup permohonan pada 07 November 2017

6. Hanya calon yang layak selepas tapis an sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

No comments: