Thursday, January 25, 2018

Jawatan Kosong-BERNAMA (KONTRAK)

BERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia, Peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (KONTRAK)

Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  • Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer, boleh berkomunikasi dengan baik serta berbudi bahasa;
  • Boleh bekerja mengikut waktu syif.
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Rabu, 31 Januari 2018 ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13, Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
(Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

No comments: