Sunday, February 4, 2018

Jawatan Kosong-Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC)



1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
2. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
3. PEGAWAI PENYELIDIK Q43 / 44


Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) ingin memperlawa calon-calon yang bermotivasi tinggi dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir, N29
(Jawatan Berasaskan Caruman [JBC] – Unit Komunikasi Korporat) – 1 kekosongan
Jadual Gaji: N29
Gaji Minimum (RM) Gaji Maksimum (RM) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
 1,493.00 5,672.00 145.00
Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-
  • Mengurus dan menyelenggara Pusat Sumber dan Galeri Imej.
  • Memastikan pesanan, fungsi dan menyelia penyelenggaraan kemudahan Program Kesedaran dan Penghargaan.
  • Membantu dalam aktiviti-aktiviti Kesedaran dan Penghargaan.
  • Terlibat dalam perancangan, penyelarasan dan membuat laporan program untuk lawatan kesedaran sekolah.
  • Membantu dalam menghasilkan publisiti dan bahan promosi SBC.
Kelayakan:
Calon hendaklah memiliki Diploma dalam Pengurusan Acara/Pengurusan Projek/Komunikasi (PNGK 3.0 dan ke atas) yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang kerja ini. Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis).
2. Jawatan: Pegawai Penyelidik, Q41
(Jawatan Berasaskan Caruman [JBC] – Penyelidikan dan Pembangunan) – 6 kekosongan
Jadual Gaji: Q41
Gaji Minimum (RM) Gaji Maksimum (RM) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
2,315.009,618.00225.00
Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-
  • Pengekstrakan, pecahan dan pencirian produk kimia semulajadi.
  • Pengasingan mikrob, penapaian dan ujian antimikrobial.
  • Penyelidikan struktur sebatian semula jadi yang aktif dengan menggunakan column chromatography dan penggunaan peralatan analitikal seperti HPLC, GCMS, LCMS & NMR.
  • Kultur tisu tumbuhan dan pembangunan kaedah untuk pembiakan spesies tumbuhan.
Kelayakan:
  • Calon hendaklah memiliki Sarjana dalam Sains (PNGK 3.0 dan ke atas) dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman atau PhD dalam Sains dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang kerja ini. Kelayakan akademik mesti diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis).
3. Jawatan: Pegawai Penyelidik, Q43/44
(Jawatan Berasaskan Caruman [JBC] – Penyelidikan dan Pembangunan) – 1 kekosongan
Jadual Gaji: Q43/44
Gaji Minimum (RM) Gaji Maksimum (RM) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
3,602.0010,504.00250.00
Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-
  • Memainkan peranan utama dalam perancangan projek, penyelarasan dan data/analisis kimia seperti struktur produk semula jadi, bioassay molekul dan selular.
  • Boleh menulis laporan saintifik/penerbitan karya penyelidikan.
  • Mempunyai kebolehan untuk bekerja secara berpasukan dalam integratif program R&D. 
  • Pengalaman yang berkaitan termasuk mengendalikan instrumen analisis seperti HPLC, GCMS, LCMS & NMR, dan/atau teknik biologi molekul termasuk sel kultur, pengklonan dan bioassays dengan pecahan produk semulajadi.
  • Menyelia Pegawai Penyelidik/Penolong Pegawai Penyelidik/Pembantu Penyelidik.
Kelayakan:
Calon hendaklah memiliki PhD dalam Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam bidang kerja ini. Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis).
Calon yang berminat dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kerja SBC/HR/2018/1 yang boleh dimuat turun di sini. Borang permohonan kerja yang lengkap dan disertakan dengan surat permohonan, curriculum vitae yang terperinci, gambar bersaiz passport terkini (tidak dikembalikan) dan salinan sijil/transkrip serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan dan hantar kepada alamat di bawah sebelum atau pada 9 Februari 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak
KM20 Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No. 3032
93990 Kuching, Sarawak
[Tel: 082-610610 Faks: 082-611535]
Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan .
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil.

LAMAN UTAMA : DISINI

No comments: